Cara buat blog percuma

10.10.2009 | 5:20 pm | Belajar Blog

Ok, aku nekad mulai hari ni aku nak share apa-apa yang aku tau pasal buat duit kat internet ni kat blog ni.
Sebenarnya itu lah dunia aku.Satu cabang rezeki aku sikit-sikit.Bukan nak tunjuk terer atau pun nak tunjuk
aku dah kaya buat blog, tapi aku nak share saja..Orang kata,kalau share ilmu dia takkan hilang.Bertambah berkat ada lah.Orang dapat apply,aku pun dapat gak pahala.

Banyak sangat dah aku tengok orang dalam dunia internet ni orang tertentu cari peluang dan kaut keuntungan mudah dengan jual e-book yang entah ape-ape dan berisikan sampah semata-mata.Aku cakap bukan cakap kosong, tapi
aku pernah beli beberapa produk ebook tempatan.Memang hampeh sangat,tak berbaloi dengan duit yang dibayar.
Isi ebook boleh dapat free dengan carian di Google saja,tapi kita bayar untuk itu.

So bila difikirkan apa salahnya aku share sikit-sikit basic yang aku tahu.Sekurang-kurangnya ada lagi benda free kat dunia ni untuk korang.Paling penting untuk newbie yang baru nak aktif ber blog dan buat duit.

Sekarang ni nak belajar internet pun banyak dalam English.Untuk faham, banyak masa diperlukan, banyak kesabaran perlu ada.Dalam bahasa melayu pun ada, tapi limited dan selalunya tak lah dishare sepenuhnya.Lagi teruk hanya gimik saja, realitinya mamat yang buat blog tu newbie dan mungkin baru merasa hasil internet yang sangat ciput macam siput sedut. Apa pun, sebagai permulaan,apa kata korang subscribe blog ni dulu
Subscribe to POKJAT BLOG
blogging_101
InsyaAllah aku akan share apa yang aku tahu sikit-sikit dari masa ke semasa pasal dunia blogging dan buat duit dari internet di dalam blog ni sikit masa lagi.Tapi aku ingatkan, ini blog personal.So, kalau aku meracau taip fasal life aku or pendapat dan pandangan aku kat blog ni paham-paham la ye.

Related Posts with Thumbnails

No Comments »

No comments yet.

 

Leave a comment

   

Powered by Pokjat.com 2009