Konvokesyen USM - A great day to remember

08.17.2008 | 2:08 am | Realiti aku

Dalam dua tiga hari ni, aku agak sibuk. Tanggal 15 Ogos 2008 lepas, Yun terima ijazah Kejuruteraan Sarjana Muda sempena tamatnya pembelajaran di USM. Majlis Konvokesyen Hari Jumaat hari tu memang sangat meriah.
Tapi dalam masa yang sama sangatlah crowded. Jalan raya pun jamm tak ingat.Mungkin hari Jumaat tu semua warga kampus kejuruteraan bergraduat. Ramai tu, kalau dihimpunkan kesemua sekali, tak termasuk ibu bapa, lecturer dan lain2 lagi.Pening kepala aku nak drive, bergerak pun susah!

Hari Konvokesyen Jumaat tu, Yun nampak cantik. Dengan baju kebaya pink dia, berjubah lengkap graduan USM. Untuk graduan kejuruteraan, selempangnya warna hijau, sama macam aku dulu.Ayu sangat aku tengok Yun masa tu, comel. Tapi kesian, dia jatuh longkang hari tu. Sudahlah kaki berdarah melecet dek kasut.Kalau aku ada masa tu, sure aku dukung angkat Yun.Tapi sayang aku tak nampak. Silap haribulan, Mau bapak die tempeleng aku nanti hehe.

Masa Mama dan Baba Yun masuk ke dewan, aku lepak di luar dengan adik-adik Yun.Dinah, Alia dan Ilin. Umar takda, pasal dia tak boleh cuti.Umar budak matrikulasi UIA. Best tengok telatah adik-adik Yun.Lagi-lagi Dinah, yang keletahnya macam budak2 yang tak sebaya umurnya. Cute! Kadang2 macam kakak dia pulak hehe. Yun cakap Dinah sama dengan dia kecik2 dulu. Mungkin ada betulnya, dah adik beradik kan.

Masa tunggu, aku ajak adik2 Yun pergi beli bunga tengok2 area tapak konvokesyen USM. Tak banyak yang berubah event konvokesyen ni. Dulu, masa zaman aku, pernah sekali Konvokesyen USM di panggil CONVEX ‘08. Macam bunyi sedap sikitla kononnya. Tapi tema tetap sama, motto USM, Kami Memimpin. Harap-harap macam tu lah.

Adik2 yun beli bunga dengan anak patung katak. Aku pulak duk pikir nak belikan bunga cantik sikit di luar gate USM tu. Aku bawa adik2 Yun ke tempat duduk dalam Dewan Kuliah, ada aircond, taklah panas sangat nanti. Tunggu-tunggu nama Nurul Mujahidah tak keluar2 jugak. List nama ikutkan lambat lagi dipanggil nama Yun kut. AKu pun bergegas la keluar masa tu mencari bunga idaman hati. Puas aku cari jumpa jugak. Punyalah laju aku jalan macam bintang Olimpik Beijing acara jalan kaki. Sampai saja di dewan tau2 nama Yun dah lepas. Hampeh! Tak sempat lah pulak!

Bila Yun keluar petang tu, dah puku 6 petang lebih dah. Masa untuk bergambar pun agak terhad. Tapi gambar cantik2 juga Alia dan aku snap. Iyalah kamera bagus punya, jenis SLR Camera ape kejadah entah, macam abang Long punya. Puas diorang berposing sampaila bawak ke depan Pusat Islam USM. Bila maghrib baru la dah tak ambil gambar.

Apa pun, hari tu memang penat sangat.Macam nak tercabut kaki aku berjalan entah berapa kali ulang alik kat tapak konvo USM tu. Baba Yun pun macam sangat penat. Diorang tak jadi balik terus pun ke Kepong. Singgah bermalam di Hotel Damai, Parit Buntar jer. Baguslah, safety penting. Biar dapat rehat yang cukup.

Aku pun balik malam tu, tak dapat pun jumpa Farizul. Katanya nak ajak mandi kolam air panas. Aku takut aku tenggelam tak timbul2 aje huhu. Jalan malam tu sangat jam. Kereta semua bergerak macam siput sedut aje, sampaila naik jambatan Pulau Pinang. Sampai tangkap urat kaki aku sementara nak lepas jam.

Gambar aku dengan Yun masa konvo:







Alhamdulillah, selesai satu sesi Konvokesyen USM hari tu. Keesokannya konvokesyen USM abang aku pulak. 16 Ogos 2008. Tak larat nak taip dah, esok aje lah aku sambung cerita..

KIlang Audit

08.12.2008 | 3:33 pm | Realiti aku

Hari ni, satu lagi episod audit dalam kamus hiudp aku sebagai QA. Macam biasa, dokumen, 5S dan juga segala macam permintaan auditor mesti kena penuhi. Adei..penatla harini. AKu balik pun agak lewat dari ofis sebab terpaksa stay untuk print out everything yang perlu untuk audit kedua esok. Balik aku makan megi aje, malas pulak nak keluar pergi memana. Pesan wan roti capati aje tu pun ciput je mengisi celahan perut aku yang agak”kecil” ni hehe. Lepas tu layan pula Apollo Roka peanut butter sambil tengok TV. Cerita tak best..

Aku layan baca blog2 orang yang best2. Blog yang ramai readers and visitors. Memang menraik gaya penulisan diaorang. Tak macam aku ni, sendiri tulis pun dah rasa bosan hahah. Aku nak tidola..busan dah nak tengok PC!!

« Previous Entries    

Powered by Pokjat.com 2009